Tuesday, August 21, 2018

ELEMEN ASAS SATU

Nombor Asas Satu (1)

Elemennya adalah Logam.

Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.

Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.

Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.

Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

PENGIRAAN NO ASAS


Cara pengiraan nombor asas diri melalui tarikh lahir ada seperti video dibawah.



Monday, August 20, 2018

NOMBOR ASAS


Pernah dengar Nombor Asas atau Nombor Akar (dalam bulatan merah)?

Tahukah Anda?!

Kita semua manusia terbahagi kepada 9 kelompok no asas yang melambangkan siapa kita!

Setiap kelompok angka 1-9 mempunyai kelebihan masing2 termasuklah kekuatan, kelemahan dan bakat diri.

Jadi, berapa no asas/akar anda?

Thursday, August 16, 2018

Mengapa Kita Perlu Belajar Ilmu Metafizik

Berikut adalah beberapa faedah yang boleh kita dapat daripada Ilmu Metafizik:

  • Membongkar potensi diri
  • Menyingkap rahsia diri
  • Memahami tentang diri
  • Memahami halangan diri, hidup dan bisnes
  • Boleh mengenal kekuatan dan kelemahan diri
  • Memilih bakal jodoh yang sesuai dengan kita
  • Memilih partner bisnes yg sesuai dengan kita
  • Boleh menjadi magnet rezeki dan pelaris rezeki
  • Boleh mengawal aset dan harta
  • Mengetahui kondisi kesihatan kita (potensi penyakit, cara prevent dan pretend)
  • Mengetahui bisnes yang sesuai dengan kita
  • Memilih warna aura yang sesuai dengan kita 
  • Membantu menyelesaikan masalah rumahtangga dan anak2
  • Membantu dalam pendidikan anak2
  • Dan lain-lain lagi

Rugilah kalau kita tidak belajar.
Apa tunggu lagi.

Apa itu Aura?

Aura ialah sebuah tubuh Bioplasmic yang mengelilingi badan setiap manusia hidup. Tubuh Bioplasmik adalah sebuah cetakan tubuh fisik manusia, yang benar-benar menyerupai tubuh fisik.  Ada kepala, lengan, kaki, badan, dan sebagainya. 

Disebut bio kerana hidup, dan plasmik berasal dari istilah plasma. Plasma disini tidak sama dengan plasma darah. Plasma adalah istilah untuk menyebut bahan keempat dalam pembentukan suatu unsur fisik, selain pepejal, cecair, dan gas. Tubuh Bioplasmik inilah yang muncul ke permukaan tubuh fisik manusia, dan kemudian disebut sebagai Aura.
Secara umumnya aura dianggap sebagai atmosfera yang tersendiri yang mengelilingi seseorang.

Aura ini kan terpadam apabila manusia itu meninggal. Aura boleh dirasai dengan getaran2nya dan juga dapat dilihat dengan kaedah2 tertentu, melalui latihan yang konsisten penuh konsentrasi dan cara paling cepat dan mudah untuk melihat aura adalah dengan  menggunakan camera KIRLIAN.

Aura manusia juga mewakili tahap bacaan kesihatan seseorang. Ia juga mewakili tahap kestabilan emosi, spiritual, mental dan fizikal setiap individu. Manusia yang sihat auranya akan memiliki aura yang cantik, tebal, sempurna, tidak bocor, tidak kotor, tidak berlubang, tidak kusam dan berbentuk bujur sireh yang mengelilingi badan. Manakala aura yang TIDAK SIHAT akan kotor, kusam, berlubang dan berdebu.

Getaran aura seseorang dapat kita rasai melalui tahap energi dan emosi terhadapnya. Setiap aura seseorang akan bertindak balas dengan aura orang lain. Sebagai contoh, kita akan lebih gembira, tenang, suka bersama seseorang yang se"spesen" dengan kita berbanding dengan orang yang tidak sebulu dengan kita.

Contohnya, Orang soleh akan suka dengan energi orang alim dan warak berbanding dengan orang maksiat kerana mereka memiliki tahap aura yang seakan sama.

Apa yang penting tentang aura adalah ia mengandungi maklumat tentang intipati orang atau objek yang mengelilinginya.

Apa Itu Metafizik?

Pengenalan Metafizik
Metafizik adalah ilmu yang merungkai hikmah sesuatu perkara yang wujud dalam alam ini.

Metafizik adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi wujud di persekitaran kita dan ianya membantu kita tanpa kita sedari.

Dari segi sains pula metafizik adalah kaji selidik kelakuan manusia secara kaedah statistik, menjelaskan realiti semulajadi manusia diluar rangka fizikal yang nyata.

Sebagai contoh: Warna dan Penomboran.

Metafizik juga adalah berkaitan dengan Energy disekeliling kita. Setiap sesuatu dimuka bumi ini ada energynya tersendiri.

Metafizik adalah berlawanan dengan fizik dimana fizik adalah ilmu sains yang boleh kita lihat seperti putaran dan kelajuan. Manakala metafizik adalah sebaliknya yang menghuraikan apa yang tidak boleh dilihat tetapi dapat dirasa sebagai contoh jin yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa kehadirannya melalui bulu roma yang tegak dan sebagainya.

Metafizik terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
  1. Metafizik Penomboran Islam
  2. Metafizik Warna
  3. Metafizik Aura
  4. Metafizik Kuasa Minda
  5. Metafizik Spiritual (Tasawwuf dan Tarikat)
Perkara yang harus difahami tentang metafizik ini adalah:

Metafizik adalah Ilmu yang mengumpulkan database manusia-manusia terdahulu yang mempunyai corak-corak tertentu yang dikenali sebagai Nombor Asas dan Nombor Pola. Dari pengumpulan data tersebut, dapat dirumuskan akan sifat dan huraiannya untuk dijadikan formulasi untuk kita mengetahui manusia-manusia lain yang menpunyai pola yang sama.

Manusia dibahagikan kepada 9 kategori dalam kumpulan nombor asas 1 hingga 9 mengikut tarikh lahir yang dimiliki oleh individu tersebut. Dalam metafizik Islam kita tidak jumud kepada kalender masihi semata-mata bahkan juga kalender hijri. Ia bergantung kepada tarikh apa yang anda fokuskan. Memandangkan kita di seluruh dunia lebih fokus kepada kalender masihi dalam aktiviti seharian maka kita akan fokus kepada tarikh lahir masihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...