Aura ialah sebuah tubuh Bioplasmic yang mengelilingi badan setiap manusia hidup. Tubuh Bioplasmik adalah sebuah cetakan tubuh fisik manusia, yang benar-benar menyerupai tubuh fisik. Ada kepala, lengan, kaki, badan, dan sebagainya.
Disebut bio kerana hidup, dan plasmik berasal dari istilah plasma. Plasma disini tidak sama dengan plasma darah. Plasma adalah istilah untuk menyebut bahan keempat dalam pembentukan suatu unsur fisik, selain pepejal, cecair, dan gas. Tubuh Bioplasmik inilah yang muncul ke permukaan tubuh fisik manusia, dan kemudian disebut sebagai Aura.
Secara umumnya aura dianggap sebagai atmosfera yang tersendiri yang mengelilingi seseorang.
Aura ini kan terpadam apabila manusia itu meninggal. Aura boleh dirasai dengan getaran2nya dan juga dapat dilihat dengan kaedah2 tertentu, melalui latihan yang konsisten penuh konsentrasi dan cara paling cepat dan mudah untuk melihat aura adalah dengan menggunakan camera KIRLIAN.
Aura manusia juga mewakili tahap bacaan kesihatan seseorang. Ia juga mewakili tahap kestabilan emosi, spiritual, mental dan fizikal setiap individu. Manusia yang sihat auranya akan memiliki aura yang cantik, tebal, sempurna, tidak bocor, tidak kotor, tidak berlubang, tidak kusam dan berbentuk bujur sireh yang mengelilingi badan. Manakala aura yang TIDAK SIHAT akan kotor, kusam, berlubang dan berdebu.
Getaran aura seseorang dapat kita rasai melalui tahap energi dan emosi terhadapnya. Setiap aura seseorang akan bertindak balas dengan aura orang lain. Sebagai contoh, kita akan lebih gembira, tenang, suka bersama seseorang yang se"spesen" dengan kita berbanding dengan orang yang tidak sebulu dengan kita.
Contohnya, Orang soleh akan suka dengan energi orang alim dan warak berbanding dengan orang maksiat kerana mereka memiliki tahap aura yang seakan sama.
Apa yang penting tentang aura adalah ia mengandungi maklumat tentang intipati orang atau objek yang mengelilinginya.
No comments:
Post a Comment