Metafizik adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi wujud di persekitaran kita dan ianya membantu kita tanpa kita sedari.
Dari segi sains pula metafizik adalah kaji selidik kelakuan manusia secara kaedah statistik, menjelaskan realiti semulajadi manusia diluar rangka fizikal yang nyata.
Sebagai contoh: Warna dan Penomboran.
Metafizik juga adalah berkaitan dengan Energy disekeliling kita. Setiap sesuatu dimuka bumi ini ada energynya tersendiri.
Metafizik adalah berlawanan dengan fizik dimana fizik adalah ilmu sains yang boleh kita lihat seperti putaran dan kelajuan. Manakala metafizik adalah sebaliknya yang menghuraikan apa yang tidak boleh dilihat tetapi dapat dirasa sebagai contoh jin yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa kehadirannya melalui bulu roma yang tegak dan sebagainya.
Metafizik terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
- Metafizik Penomboran Islam
- Metafizik Warna
- Metafizik Aura
- Metafizik Kuasa Minda
- Metafizik Spiritual (Tasawwuf dan Tarikat)
Perkara yang harus difahami tentang metafizik ini adalah:
Metafizik adalah Ilmu yang mengumpulkan database manusia-manusia terdahulu yang mempunyai corak-corak tertentu yang dikenali sebagai Nombor Asas dan Nombor Pola. Dari pengumpulan data tersebut, dapat dirumuskan akan sifat dan huraiannya untuk dijadikan formulasi untuk kita mengetahui manusia-manusia lain yang menpunyai pola yang sama.
Manusia dibahagikan kepada 9 kategori dalam kumpulan nombor asas 1 hingga 9 mengikut tarikh lahir yang dimiliki oleh individu tersebut. Dalam metafizik Islam kita tidak jumud kepada kalender masihi semata-mata bahkan juga kalender hijri. Ia bergantung kepada tarikh apa yang anda fokuskan. Memandangkan kita di seluruh dunia lebih fokus kepada kalender masihi dalam aktiviti seharian maka kita akan fokus kepada tarikh lahir masihi.
No comments:
Post a Comment